Nuff

Wednesday, June 30, 2010

Selingan: Hj. Teepo

Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Just ambil iktibar dari kisah ini...
Thanks again to Taza...

Al-kisah ada seorang usahawan yang sangat kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja nama perniagaan atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes.

Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar, pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya. Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan "padam" dalam masa sebulan.

Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini. Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan didunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat,"jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya. "Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi.

Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku." Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo berbaring dikamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo.

"Bang",bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami,berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?" Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara,

"Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu,terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya masih ragu-ragu.

"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.

"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang...."

"Astaghfirullah hal 'aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

P/S: Marilah kita sama2 insaf...bagaimana kita di akhirat kelak. Renung-renungkan dan selamat beramal soleh.

International Year of Astronomy 2009 (IYA 2009)


"OBVERSE"

"REVERSE"

Salam, for sure this coin is commemorative coin too...
It is to commemorate for Astronomy field and year 2009 was announced as International Year of Astronomy by PBB via UNESCO and International Astronomical Union.

Tuesday, June 29, 2010

Selingan: 3 Pesalah

Credit to Taza again...

Tiga lelaki, seorang ahli falsafah.. seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap
atas kesalahan mengendap itik buat projek…
Lalu hakim berkata..
“kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat menjawab.. kamu akan ditahan
di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab… kamu akan dibebaskan..

Ahli Falsafah mula berkata..
“Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates.. Jika Yang
Arif berjaya membawanya.. saya rela dihukum…”.

Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan.. lalu buku itu di
berikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan…
“Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif…”
Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan…

Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan…
“Cuba jawab 1253*254-45557+(5454*25451) dalam masa 5 saat..”.
Sambil menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya.. dan ternyata tepat..
Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan..

Giliran terakhir pergi kepada pelawak..
“Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!”. kata si pelawak..
Apabila kerusi disediakan.. pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat..
Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim..
“Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi keluar?”

Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah punggung si pelawak tadi..
hakim berkata…
“Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini..”.

“Salah!!!” Sebenarnya kentut saya dari lubang punggungku ini !!!”.
Pelawak itu kemudian dibebaskan.

The 50th Royal Malaysian Air Force Anniversary



Salam, this commemorative coin was purchased from BANK NEGARA MALAYSIA at reasonable price...
Really excited having this...

Monday, June 28, 2010

Selingan: FB

Post ini dapat drp kwn, Taza, Thanks to him....sebagai selingan...Hehehe...

Kalau binatang ada FB, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut kat STATUS yg mcm kowang selalu post tu.......

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih...
Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang burp, Alhamdulillah. ..
Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!
Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...
Cicak : isteriku tersepit pintu
Kucing Betina: "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."
Ayam : Kawan2...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...
Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa
Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap ... baru beli videocam baru ...

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!
Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?
katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..
ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..
Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.
Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.
Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi
Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2
Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles
Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!
Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.
Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah
Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.
Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.
Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut
kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..
lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....
itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu.. lol....
Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.
Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok
Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(
Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah
Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.
Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?
Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?
Udang: nasib baik aku xde tulang, xde la sakit badan..
Sotong: trauma la aku bile dgr perkataan 'salut tepung'...

P/S: Sab tiada sudah FB...blog pun cukup lah kot...

Sukan SEA XXI SEA Games


Salam, as I promise, commemorative coin will be appeared for this week.
Now, SEA GAMES XXI Kuala Lumpur coin which held in 2001.
Just see it ya...Enjoy yourself...



Thursday, June 24, 2010

Nordic Gold Coin: KTM 125 Years Anniversary


Salam and very good day to all readers/visitors...
Here, I highlight info regarding to KTM 125 Years Anniversary...
Its commemorative coin lol...
Only Nordic Gold Coin remain for today...
All Proof Coin SOLD OUT!!!!
Little bit disappointed...
But its okay...this token also enough for my collection...
BNM minted only 15,000 pieces for this Nordic Gold Coin..


Type: Nordic Gold Coin
Composition: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Diameter: 30.00 mm
Mass: 8.80 g
Thickness: 1.80 mm



More Commemorative Coins will be revealed after this...
Check it out!!!...Hehehe..

Tuesday, June 22, 2010

FDC and Folder Setem Keretapi Tanah Melayu

Ada setem, pasti Sab x lupa lengkapkan dengan FDC dan Foldernya...Hehehe...
Kali ni beli keluaran ni byk sikit...
Sbb keluaran kali ni pasti ada nilai estetikanya yang tinggi...
Ada lebih nanti leh lah jual....Hehehe...
Iye-iye je Sab nih...

"Ermmm...ni FDC without setem nya...siap ada cop lagi"


"Ni complete dgn setem skali ...Tpi tiada yg lembaran mini...mgkn nnti dapat"


"Hehehe...seperti biasa...Front of Folder"


"Ni gambaran sebelah belakang Folder"

Memang cantik lah keluaran kenangan nih...masa beli setem nih...mmg ramai sgt org beratur...
mgkn pasni pihak POS MALAYSIA kena kaji supaya keluarkan lbh byk lagi keluaran kenang-kenangan...Bukan apa...kul 11pagi tadi dah habis Lembaran Mini...Kul 12thari FDC pula habis...
Ramai yang agak kecewa....Huhuhu...

Setem Keretapi Tanah Melayu ke-125 TAHUN

<
Starting with the opening of the first 12.5 km track from Taiping to Port Weld (Kuala Sepetang), Perak on 1 June 1885, the railway service in Malaysia is reaching 125 years of age by 1 June 2010. It evolves from steam locomotive to electric-powered train, and from single track to electricfied double track, KTM Berhad is determined to become the heartbeat of the nation which stays relevant and on track in moving 1Malaysia.

Yang bawah nih Stamp Booklet...Face value: RM3


This one inside the booklet...

"30 sen (setenant) stamp"

"50 sen (setenant) stamp"

"RM1 (setenant) stamp"

But so sad coz didn't got miniature sheet denomination...SOLD OUT...Huhu...

TAHNIAH...TAHNIAH...ADIKKU IMAH

Di malam ini juga Sab ingin mengucapkan setinggi2 TAHNIAH kpd adik Sab, ADIK IMAH
kerana mendapat result semesternya dgn cemerlang...
TAHNIAH iyer IMAH...
Nanti RIE belanja makan...
Hehehe...
Adik Sab ni study kt UKM...Master of Science...
Sebelah U je dgn Sab...kueng3....
Pasni teruskan usaha iyer Adikku sayang...


TAHNIAH...TAHNIAH...AZMAN

Salam,
Malam ni rasa byk benda nk post dlm blog nih...
Rasa hepi sgt2....
Knp?
Ni ha...kawan baik ku dapat masuk U.
Kat mana...Kat UMT....Hehehe...
Sbb mmg slalu juga Sab kena gi sana...
Masin juga mulut Sab nih...hehehe...
Jom layan ushar surat tawaran Azman...
TAHNIAH MAN...

Saturday, June 12, 2010

RM1 Radar Number again!!!

What the coincidence!!!
Since i went to Kuala Terengganu, i thought i will not got any chances to update my collections.
Alhamdulillah, syukur...I got RM1 Radar Number again from my adopted brother, Alif Fazleem.
TQ so much Lem...
HAHA...
Now, waiting for RM1 CR Ali Abul Hassan.
Don't know when will be mine.
Hope get it soon...
hehehe...Pray for me ya...
Ouh ya...tomorrow i will go again to Kuala Terengganu...
Not for holiday but i have conference there until 17 June 2010.
18 and 19 June relax and vacate lor...hehehe
If u have questions or something else, feel free to call/msg me ya..
Phone number just at the top of this blog and below the picture...

"First 0 with Last 0, Second number same with second last number n so on..."

RM10 pula...

Salam,
Apa kes dengan wang nih?
Tengok sendiri iyer...
X ada apa yg special pun just ada lain sikit saja...



"Tu dia kat anak panah hijau tu ada sikit bendasing"

Friday, June 11, 2010

Ada apa dengan RM50 nih?


Salam,
Entry kali ni pasal wang kertas lgi.
Asyik2 cerita pasal wang.
Wang nih byk seni dan sejarah tersendiri...
Wang kertas RM50 nih nampak agak jelas tulisan latar belakangnya...
Jom sama2 ushar...



"nampak tak kat anak panah merah tu...kebiasaan nya jarang jelas begitu..."

RM100 ZA & ZC: Replacement Note

Salam,
Now, i wish to publish 1 entry regarding to replacement notes of RM100 ZA and ZC, Zeti...
What's so special about these notes?
Its so different among other notes...
Whenever the notes was produced, some of them in imperfection condition, so they will replace with new notes with prefix Z series which indicates replacement note.
So, lets we take a look these notes:


"100 printed also can be seen at obverse note-ZA replacement note"


"This ZC series"

Have a nice day...GOOD day...Friday...

Thursday, June 10, 2010

2010 FIFA World Cup



The 2010 FIFA World Cup is just around the corner!
This year's June is going to be a very interesting month for me!
Starts on 11th June (tomorrow LOL), and ends on 11th July 2010.
So, how about their groupings?
You can watching and support your favorite team.
Me? I don't like football, actually...but i like FINAL stage...Hahaha...
More fun and dramatic when its finale.

GO!GO!GO! MALAYSIA...oops...
I mean our referee there...Subkhiddin Mohd Salleh.
Who knows the effect of World Cup 2010 for our daily life within match period?
Any comments?

Saturday, June 5, 2010

Pantun Mari Bersolat

Saje2 bosan cube pantun tapi kekok giler...BM dah semakin sukar pula rasanya....Huhu...
Apa pun layan je lah...

Berbaju Melayu berlengan labuh
Berkain pelekat berselipar jepun
Awal pagi sembahyang subuh
Agar hidup sentiasa rukun

Pagi-pagi minum kopi
Bekalan perjalanan ke Sungai Sekayu
Pandu kereta memakai topi
Tengahari sampai zohor dirayu

Orang kaya berkereta besar
Sambil bersembang memakan kacang
bila tibanya waktu asar
itu tandanya hari dah petang

Waktu petang memakan keropok
Keropok dibeli di BTB
Mulut ibu semakin rancak
Menyuruh kami solat maghrib

Wanita cantik lelaki kacak
Hulurka senyuman muka berseri
Bila malam sembahyang isyak
Baru cukup 5 waktu sehari

Sabri masih lagi di Kuala Terengganu...

Friday, June 4, 2010

RM50 Nombor GANJIL, FANCY/REPEAT

Ketika ini Sabri baru bertolak dari Terminal Putra (KL) kul 10pm menuju ke Kuala Terengganu.
Sempat wat entry awal2...
Post kemudian...
Haha...
Khamis (3/6/2010) Sab dpt gaji sbgi guru persendirian untuk 2 pelajar.
Dapat RM150...Syukur sgt2.
Dpt 3 keping RM50 running number:
RL7131711, RL7131712, RL7131713
2 keping nombornya GANJIL, FANCY dan 1 keping darinya REPEAT 3 nombor DEPAN dan BELAKANG.

Apa lagi...JOM USHAR....


"RL7131711, RL7131712, RL7131713"


"Ada brape jenis nombor ganjil? 3 jenis: 1, 3 dan 7."
Jom tambah:
1+3+7=11 (GANJIL)

Jika tambah semua:
7+1+3+1+7+1+1=21 (GANJIL)


"3 jenis nombor GANJIL: 1, 3 dan 7 juga"
FANCY juga kan?
REPEAT nombor 713 DEPAN dan 713 BELAKANG.

Jom tambah:
1+3+7=11 (GANJIL)

Jika tambah semua:
7+1+3+1+7+1+3=23 (GANJIL)

InsyaAllah kul 4 or 5pagi sampailah Kuala Terengganu
Doakan Sab selamat sampai.
Isnin minggu depan gi UMT jap....hehehe...

Thursday, June 3, 2010

RM50 Prefix SY

Ermmm...kisah RM50 lagi...
Slide presentation dh siap tadi untuk konferen akan dtg.
So apa lagi...nk post entry lagi...
Pasal RM50 PREFIX SY
Knp dgn Prefix SY?
Last prefix lor untuk RM50 jenis pelantar minyak nih...
Jom Kumpul... sajer2...sejarah untuk generasi akan dtg.
Sab ada 7 keping SY nih...
Post kat sini 2 keping jer..

"Ni muka depan mcm biasa ler"

"Mmg sengaja post 2 keping nih...3 nombor last sirinya SAMA!!!"

Ouh ya...esok malam bertolak ke Kuala Terengganu...HOLIDAY ker?
Ntah...x tau nk kategori apa...

Symbols of Zionis In Our PC/Laptop

This article is not related to my hobbies but as a human, i am just wanna share some knowledge in our PC...
The truth already revealed...
I knew many people already knew this...just wanna share again.
Frankly...we kept this pictures for a long time enough...
Come on Sabri...what's up...
Many symbols/sign of Zionis a.k.a Israel save in our PC.
Believe it or not...yes...it's true.
Try take a look these parts:

Go to Local Disk C-Program Files-Microsoft Office-MEDIA-CAGCAT10-J0285926.WMF


"J0285926.WMF"

And then try go Local Disk C-Program Files-Microsoft Office-CLIPART-PUB60COR


"J0152690.WMF"


"J0212299.WMF"


"J0216600.WMF"

DELETE THEM ARE A MUST!!!

And MANY MORE.
Please see one by one.
You will see the truth.
Share it guys...
Thanks..

Wednesday, June 2, 2010

RM50 Nombor Ganjil

Salam dan selamat sejahtera semua,
Sebelum sambung buat kerja sekolah ni, elok Sabri post something.
Bahan dh ada, apa lagi ditunggu...
Sememangnya koleksi Sabri ni byk NOMBOR GANJIL.
Dulu post RM10 Nombor Ganjil.
Skrg giliran wang kertas RM50 pula...
Mari-mari tgk keganjilannya:


"Muka depan"



Mari kita cuba tambah semua nombor yg ada:
3+1+9+1+1+9+5=29




Yang ni pula, jom tambah:
5+5+5+1+3+3+7=29

Kebetulan hasil tambahnya sama!!!

Tuesday, June 1, 2010

RM20-Tauladan



+



Cerita tauladan ni Sabri ambil dari Blog Cik Lily...
Credit kepada Cik Lily dan tuan empunya asal cerita ini.
Ni Blog nya: http://syarliey.blogspot.com/2010/05/rm-20.html


Begini Al-Kisahnya...

Seorang bapa pulang dalam keaadan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun.Sambil mengangkat briefcase ayahnya,si anak itu bertanya kepada ayah...

Anak: Ayah....ayah...boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm...nak tanya apa?
Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu,buat apa sibuk-sibuk nak tanya?Si ayah muka mula menengking..
Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam...Kenapa nak tahu?

Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh...20 ringgit...Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah...boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata."Oh,itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah?Kamu nak buat apa dengan duit itu?Minta sampai 10 rinngit?Nak beli mainan lagi??Ayah penat-penat kerja cari duit,kamu senang-senang nak membazir ya...Sudah,pergi masuk bilik...tidur!Dah pukul berapa nih!!!
Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya.Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit...Kira-kira 2 jam kemudian,ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.
Dengan perasaan bersalah,si ayah melangkah menuju bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit?Nah...ambil ni"Si ayah mengeluarkan sekeping duit warna merah.
Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang...
"Terima kasih ayah"

Lalu dia mengankat bantalnya dan mengeluarkan sekeping duit 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal.Bila ternampak duit itu,si ayah kembali berang.

"Kenapa kamu minta duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu???Dan dari mana kamu dapat duit itu??"

Amin tunduk...tak berani dia merenung ayahnya.Sambil menggenggam kemas duit itu,dia menerangkan...

"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari tu.Amin minta lagi 10 ringguit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi.

"Ayah...sekarang Amin dah ada 20 ringgit...Nah...ayah ambil duit ni.Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat itu.Amin nak ayah balik kerja awal esok.Amin rindu nak makan malam dengan ayah..."

Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya....


The moral of story.....

Kongsilah cerita ini dengan sesiapa saja yang anda suka tapi..yang penting sekali,berkongsilah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama dengan insan yang anda sayangi. Ini juga adalah peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya..yang bakal kerja esok lusa....atau sesiapa sahaja yang selalu sibuk..

Jangan biarkan masa yang berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama-sama dengan mereka-mereka yang begitu rapat dengan kita..yang sentiasa berada di hati kita... Bayangkanlah..kalau kita mati..nanti majikan kita akan senang-senang cari orang lain..ganti kita.Tapi..keluarga, rakan-rakan yang kita tinggalkan kat dunia ini pasti akan berasa satu kehilangan sepanjang hidup mereka..

Fikirkanlah..selama ini apa yang kita dah buat untuk keluarga kita?untuk insan yang kita sayang...